Tuesday, December 20, 2011

TAK JADI MENCURI TERONG, LALU ALLAH KARUNIAKAN UNTUKNYA SEORANG ISTERI

(Copy-Paste dari sebuah Laman Blog : Aku Mencari Hidayah)
~ Terima kasih banyak-banyak. Moga segala kebaikan yang Allah beri melalui ini, juga terkongsi sama dengan anda.

gambar sekadar hiasan

Di Damaskus, ada sebuah masjid besar, namanya masjid jame' At-Taubah. Masjid itu adalah sebuah mesjid yang penuh keberkahan. Di dalamnya ada ketenangan dan keindahan. Sejak tujuh puluh tahun, di masjid itu ada seorang syaikh pendidik (murabbi) yang alim dan mengamalkan ilmunya, namanya Syaikh Salim Al-Masuthi. Dia sangat fakir sehingga menjadi contoh dalam kefakirannya, dalam menahan diri dari meminta, dalam kemuliaan jiwanya dan dalam berkhidmat untuk kepentingan orang lain.

Thursday, December 8, 2011

11 MANUSIA YANG DIDOAKAN MALAIKAT

Dipetik daripada Post MataHati AinulQalbi di Facebook
Image ini bukanlah gambaran malaikat

~11 MANUSIA YANG DI DOAKAN MALAIKAT~


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."