Allah berfirman dalam Surah Al-Ankabut, ayat 2 yang maksudnya;
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
So, la tahzan ya ikhwan. Allah mendatangkan kepayahan dalam hidup kepada kita agar kita dapat merasa manisnya iman, dapat merasa apa ertinya "rasa bertuhan". Untunglah orang beriman yang diuji, kerana sebenar-sebenar Allah amat dekat dengannya.
"...Berdoalah kepadaNya dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang berbuat kebaikan."
~ Surah Al-A'raf, ayat 56.
Persoalan untuk kita semua...
Kita diuji. Maka kita yakin Allah dekat dengan kita. Tetapi adakah Allah mahu memandang kita (lantaran dosa-dosa kita)?
~Sekadar peringatan untuk diriku dan perkongsian semua~