Saturday, October 8, 2011

MENGUAP MENURUT ISLAM





dipetik dari Azrina Abu Bakar

Drpd Abu Hurairah r.a. bhwsanya baginda Rasulullah SAW bersabda (bermaksud);

Ssungguhnya Allah swt suka org yg bersin, dn mmbenci org yg menguap.

Maka apabila sseorg kamu bersin, lalu dia mngucapkn "ALHAMDULILLAH" (segala puji bg Allah), maka adalah hak atas setiap Muslim yg mndgrnya pula mngucapkn "YARHAMUKALLAH" (moga2 Allah merahmati kamu).

Adapun mnguap itu adalah drpd syaitan.
Maka apabila sseorg kamu mnguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu krn ssungguhnya apabila sseorg kamu mnguap, syaitan akan mntertawaknnya - Hadith Riwayat Bukhari.

Drpd Abu Said Al-Khudri r.a., katanya; Telah bersabda Rasulullah SAW yg bermaksud;

Apabila sseorg kamu mnguap, hendaklah dia meletakkan tgnnya pd mulutnya, krn ssungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yg terbuka) - Riwayat Imam Muslim.

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya;

Ssungguhnya Allah suka kpd org2 yg bersin, dn mmbenci org2 yg mnguap.
Maka apabila ssorg kamu mnguap, jgn smpai berbunyi, krn yg demikian itu drpd syaitan yg mntertawaknmu - Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad & At-Tirmidzi.

Drpd Abdullah bin Az Zubair r.a. katanya, telah bersabda Rasulullah SAW yg bermaksud;

Ssungguhnya Allah SWT mmbenci sesiapa yg mngangkat suara ketika menguap & bersin - Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad & At-Tirmidzi.

Pengajaran drpd maksud Hadith, antara adab2 MENGUAP & BERSIN :-

~ Berusaha menahan mnguap sekadar termampu terutama ketika solat.

~ Meletakkan tgn di atas mulut utk menahan mnguap sama ada didalam atau diluar solat.

~ Makruh mngeluarkn suara dn mengangkat bunyi (bunyi yg kuat) ketika mnguap atau bersin.

~ Sunat ketika bersin mngucapkn Alhamdulillah, dn org yg mndgrnya pula mngucapkn Yarhamukallah.

~ Sunat mngucapkn Astaghfirullah selepas mnguap.




:: Petikan dikongsikn dr kelas fardhu ain, pimpinan Ustaz Khairil Azhar Samsudin, Surau Ar Rahman, Tmn Temara Ipoh.
BERILMU, FAHAMI, MOGA DIPERMUDAHKN UTK BERAMAL... Insyaallah.


Saturday, October 1, 2011

Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah?


Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah?


Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gather...ing di sebuah restoran mamak…… 


Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ? 


Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam. 


Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ? 


Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum …. 


Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ? 


Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ? 


Missionary : Awak tak ada jawapan ? 


Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman. 


Missionary : Mengapa awak caka begitu ? 


Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” … 


Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi. 


Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak. 


Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ? 


Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ? 


Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii ….. 


Merah padam muka Missionary menahan marah. 


Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum …. 


Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone. 


Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ? 


Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah. 


Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu. 


Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……


(dipetik dari Post Na Nie@Facebook)



Sunday, September 18, 2011

Peribadi Rasulullah SAW


Kata ummu Ma’bad: “Aku melihat seorang lelaki yang tampan dan menarik. Mukanya cerah dan tingkah lakunya amat menarik. Badannya tidak terlalu kurus dan tidak pula terlalu gemuk, tetapi tampan dan mempunyai susuk tubuh yang seimbang. Matanya berwarna hitam dan bulu matanya panjang. Suaranya kuat tetapi tidak keras. Anak matanya sangat hitam dan bola matanya sangat putih. Alisnya tidak terlalu terpisah dan tidak pula bercantum di antara kedua-duanya, tetapi di pisahkan oleh rerambut yang halus. Hujung bulu matanya tajam. Rambutnya berwarna hitam pekat, janggutnya lebat dan lehernya jinjang”.

Apabila diam dia tenang dan apabila bercakap suaranya bergema seakan-akan memenuhi kawasan di sekeliling. Ucapannya seperti aliran rangkaian mutiara, lembut dan jelas. Dia tidak pendiam dan tidak pula bercakap banyak. Jika di dengar dari jarak yang jauh, suaranya lantang tetapi sedap di dengar dan jika di dengar dari jarak dekat suaranya lembut dan lunak.”

Dia sederhana tinggi, tidak terlalu tinggi sehingga kelihatan tidak menarik, tidak pula terlalu rendah. Dia memberi kegembiraan kepada sahabat-sahabatnya dan mendapat penghormatan serta penghargaan yang tinggi daripada mereka. Para pengikutnya sentiasa menggelilinginya dan mendengar kata-katanya dengan teliti serta melaksanakan perintahnya dengan secepat yang mungkin. Dia di beri layanan dengan penih khidmat dan di kasihi, dia bukan pemarah dan tidak bersifat kasar.”

Itulah dia Nabi kita Muhammad s.a.w..

by: Keluarga Sakinah

Location : 41-131 Jalan Kesuma 4c/4, Bandar Tasik Kesuma, 43700 Beranang, Selangor,
~ Babah Dayang
~ Posted via Blogaway

Friday, September 16, 2011

Doa Pelindung & Penawar Angin Ahmar



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.
Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.
Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.
Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.
Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.
Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.
Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.
Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.
Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amin…

Enam Pertanyaan Imam Ghazali



Enam Pertanyaan Imam Ghazali  

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?

2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?

3. Apakah yang paling besar di dunia?

4. Apakah yang paling berat di dunia?

5. Apakah yang paling ringan di dunia?

6. Apakah yang paling tajam di dunia?


Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:


PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.


 
KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Membeli Syurga Allah..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs080.snc6/169054_181484138541551_110047579018541_489160_6960259_n.jpg
“اشترى عثمان الجنة من النبي صلى الله عليه وسلم مرتين..!!”
وقد نسأل أنفسنا: بأي ثمن اشترى عثمان الجنة؟؟!
إن لشراء الجنة طرقًا كثيرة:
· قد تشتري الجنة بركعتين خاشعتين في جوف الليل..
· قد تشتري الجنة بكلمة حق.. تردُّ ظالمًا.. أو تنتصر لمظلوم..
· قد تشتري الجنة بصيام يوم حارٍّ في سبيل الله…
· وقد تشتريها ببسمة ودٍّ صافية في وجه أخيك..
· .. أو مسحة كفٍّ حانية على رأس يتيم….


Diantara cara membeli Syurga Allah SWT adalah dengan :
1- Dua rakaat yang khusyuk di akhir malam.
2-  Menyampaikan kalimah kebenaran.
3- Membetulkan atau menasihati mereka yang melakukan kezaliman.
4- Membantu mereka yang dizalimi.
5- Melakukan puasa sunat.
6- Mengukir senyuman manis yang menyenangkan saudara seagama.
7- Menyapu kepala anak yatim dengan penuh belaian kasih sayang.

(dipinjam daripada http://peribadirasulullah.wordpress.com)

Tuesday, September 13, 2011

Lain-Lain Kiraan..



Walaupun "~KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SIKSA NERAKA LAIN-LAIN~"


INGATLAH!!!



Yang memandikan jenazah kamu "ORANG LAIN",



Yang sembahyangkan jenazah kamu "ORANG LAIN",



Yang mengkafankan jenazah kamu "ORANG LAIN",


Yang mengkebumikan jenazah kamu "ORANG LAIN",

Yang membacakan Yaasiin di pusara kamu "ORANG LAIN",

Yang bersedia diatas kematian kamu juga melibatkan "ORANG LAIN",

Jadi...

Jangan menyusahkan "YANG LAIN" dengan perangai kamu yang tidak disenangi "ORANG LAIN"...


(dipinjam daripada Versus SaSsin @Facebook)