Sunday, October 16, 2011

AKU, LIM DAN ISLAM

Post ini dikongsikan daripada seorang rakan seagama di Facebook, MataHati AinulQalbi. Jazakallahu Khairan..




AKU, LIM & ISLAM..



Aku mempunyai seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak, namanya Lim Eng Choon. Kami bersama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), aku memasuki Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan waktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak dikongsi bersama.


Setiap kali hari raya, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol ayahku yang digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara di rumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti hari jadi dan Tahun Baru Cina. Aku takut pada anjing peliharaan keluarga Lim.


Aku banyak belajar Matematik dengan Lim manakala aku pula sering menjadi rujukan untuk subjek Bahasa Melayunya. Kenangan seprti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan ‘breakdance’ semuanya dikongsi bersama. Apa yang ku nyatakan ialah warna kulit dan perbezaan agama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. Kini sudah kira-kira 20 tahun berlalu, Lim telah menetap di Amerika Syarikat setelah Berjaya mendapat ‘Green Card’. Beliau bekerja di sana. Itu yang diketahui dari kakaknya. Hubunganku dengan Lim terputus setelah beliau melanjutkan pelajaran. Maklumlah pada zaman itu tiada telefon bimbit, internet atau email. Apa yang ada Cuma sesekali menghantar poskad untuk bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas.


Suatu pagi, aku bertembung dengan kakak Lim di pasar. Kakaknya memberitahu, Lim akan pulang ke tanah air dan aku terkejut dengan berita yang ku dengar dari kakanya.
“He’s name is no more Lim Eng Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago…..Subhanallah!




MENDAPAT HIDAYAH


Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menerima hidayah dari Allah SWT. Memang aku tidak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama dengan ku.


Hari yang ku tunggu-tunggu telah tiba dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim di rumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah mula berkurangan.
“Assalamualaikum….Itulah kalimat pertama dari mulutnya. Wajahnya sudah jauh berubah. Air mukanya sangat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama pasangan kekasih yang sudah telalu lama berpisah.
“Ini dia olang memang sudah lama manyak lama kawan, dari kecik ini dua orang,” ibu Lim menjelaskan pada nenerapa orang tetamu yang melihat kami berpelukan dan menangis itu. Aku bukan menangis kerana apa tetapi kerana amat sebak dan terharu serta sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk di buaian di halaman rumahnya untuk berbual-bual. Beliau masih faham berbahasa Melayu walaupun sudah lama di perantauan.


“Amirul, kau kawan baik aku kan? Betul tak?”
“Memanglah…kenapa kau tanya macam tu?”
“Kalau kau kawan baik aku, kenapa kau biarkan aku terseksa?”
“Sorry Lim, aku tak faham. …di seksa?what do you mean?”
“Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.”




BELAJAR MENGENAI ISLAM


“Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan kepada aku mengenai Islam? Mengapa aku kena pergi Amerika Syarikat baru aku tahu mengenai Islam? Mengapa bukan di Malaysia, Negara Islam ini? Dan mengapa aku diislamkan oleh seorang bekas paderi Kristian?”


Aku terdiam, kelu dan tidak mampu menjawab dan Lim terus berkata-kata.


“Kalau betullah kau kawan baik aku, kenapa kau cuma ingin baik dengan aku di dunia saja? Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa dalam api neraka?”Tanya Lim bertalu-talu.
“Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat memeluk Islam dan mati, aku akan dakwa semua orang Melayu/Islam dalam kampong kita ni sebab tidak sampaikan dakwah dan risalah Islam padaku, keluarga aku dan bukan Islam yang lain. Kau sedar tak, kau diberi nikamat yang besar oleh Allah dengan melhirkan kau di dalam keluarga Islam, tapi , nikmat itu bukan untuk kau seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri. Kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam, seperti aku,”sambung Lim lagi.


Aku masih tunduk dan tidak berkata apa-apa kerana malu.


“Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris nabi, penyambung risalah. Tapi apa yang aku lihat, orang Melayu tidak ada roh jihad. Tidak ada keinginan untuk berdakwah, macam mana Allah nak tolong bangsa Melayu kalu bangsa itu sendiri tidak menolong agama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal….sepatutnya nikmat itu kau kena gunakan dengan betul dan tepat kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur kepada Allah,”kata Lim yang berbaur nasihat.
“Satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti engkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka engkar dan berpaling, barulah kau boleh dipanggil mereka kafir,”ujar Lim lagi.




ALLAH BERI PERTOLONGAN


Aku menjadi amat malu, kerana semua yang dikatakan Lim adalah benar! Aku tidak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.


Baru aku faham, andainya tugas berdakwah itu dilaksanakan, Allah akan memberi lagi pertolongan. Bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat seseorang. Petang itu aku bau pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah!


Lim yang baru memeluk Islam selama lima tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hamper 40 tahun Islam ini (benarkah aku Islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serius mengenai Islam?


Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu nikmat dilahirkan sebagai Islam.

1 comment:

Anonymous said...

Get the English Version and spread Da'awah more wider

http://www.murabbi.net/articles.php?article_id=627