Saturday, February 4, 2012

Pada Hari Kelahiranmu, kekasihku... (Valentine Day Tahun 2012)









Seorang ayah berjalan mundar mandir dihadapan seorang anak disebuah rumah. Dari dapur ke ruang tamu, dari bilik ke bilik, dari sudut ke sudut. Si anak kemudian bertanya,

Anak : Daddy cari aper bende?
Ayah : Daddy cari rumah, my son.
Anak : (kebingungan)..  Err, Daddy makan pil kudee? (pil khayal)..


Begitulah kehidupan kita didunia fana ini. Kenapa terkejar-kejar mencari dunia, sedangkan kita dah memang berada didalamnya. Seperti cerita diatas, dah dalam rumah, buat apa lagi cari rumah? Carilah benda yang diluar rumah!

Dan, pada kehidupan kita.. Kenapa nak cari dunia? Carilah akhirat! Kan Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengasih. Sedangkan orang yang derhaka pada Allah pun boleh makan kerana sifat Rahman Allah, takkan orang yang berpegang pada tali agama pula Allah persiakan??! Walaupun Islam mengajar kita tak salah mencari kekayaan dan kesenangan, bukanlah bermakna itulah segala-galanya. Dunia ini hanyalah sekadar alat untuk kita pergunakan sebagai bekalan kembali ke kampung halaman, syurga Allah.

Antara cara mudah untuk mencari bekal ke akhirat..

Dalam satu riwayat ada disebutkan, Abu Lahab - bapa saudara Baginda Rasulullah SAW a.k.a musuh ketat Islam, terkutuknya Abu Lahab ini sehingga Allah rakam kecelakaannya didalam Al-Quran! Setiap hari dia akan diseksa dengan seksaan yang sangat pedih dan perit dalam Neraka, kecuali pada setiap hari Isnin kerana pada masa kelahiran Junjungan Besar Nabi SAW, dialah orang yang paling bergembira menyambutnya. Maka pada setiap hari tersebut, Abu Lahab akan diringankan seksaannya.

Bayangkan bagaimana pula keadaannya dengan umat Islam yang selalu mengingati Baginda Rasulullah? Mudah-mudahan selamat dan berkat. Sekurang-kurangnya berselawatlah kita kepada Baginda SAW sekali sehari sebagai tanda rindu dan cinta kepada Baginda. Sedangkan Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, siapa kita untuk sombong payah nak berselawat kepada Rasulullah!!!??? (rujuk Surah Al Ahzab, ayat 56)

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maka, bersempena menyambut keputeraan Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabulawal 1433H (05/02/2012), marilah kita semua beramai-ramai berselawat ke atas Baginda. Biar bergegar bumi Allah ini dengan selawat!

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

2 comments:

Anonymous said...

السلام عليكم. شكرا لهذا درس وانا من
Kajicuaca, Meteorologi..

قرأت هذا في الادارتي. مرة اخرى شكرا...

babah dayang said...

وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

شكرا لقراءة بلادي بلوق