Thursday, October 24, 2013

PROMOSI DAN NASIHAT

PROMOSI:

Seorang penjenayah ditembak polis dalam satu kes rompakan dan koma. Dalam keadaan itu, dia bermimpi dibawa malaikat ke Neraka. Tapi dia terkejut kerana di Neraka orang bergembira. Ada yang berdisko, karaoke, minum arak, berjudi, ramai pula perempuan yang seksi-seksi, dan macam-macam lagi...


Dia cepat-cepat ingin masuk, tetapi ditahan oleh Iblis,
"Tunggu dulu! Waktumu belum tiba... Kembalilah ke dunia, buatlah yang lebih jahat lagi maka kau pasti akan masuk Neraka dan merasa semua ini...!"

Akhirnya dia tersedar dari koma dan membuat lebih banyak kejahatan. Dalam pertempurannya dengan pihak polis, kali ini dia ditembak mati. Iblis dengan segera menghantarnya ke Neraka...

Tapi dia terkejut kerana di dalam Neraka banyak api, bau hamis darah, banyak binatang berbisa dan banyak teriakan meminta pertolongan.. Bingung dan ketakutan penjenayah itu berkata, "Aikkk.. Waktu yang lalu Neraka tidak begini...?"
IBLIS tersenyum dan berkata, "Oh, time tu promosi bro....."

<<Sekadar mengingati bahawa Iblis itu sentiasa berusaha supaya kita akan mengikutinya ke Neraka dengan pelbagai cara>>

NASIHAT KUBUR:

1). Aku adalah tempat yang paling gelap diantara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD
2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan berSILATURAHIM
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka meriahkanlah aku dengan banyak membaca AL-QUR'AN.
4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikkan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH
5). Aku yang menyempitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskanlah kesempitan itu dengan SOLAT
6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskanlah rendaman itu dengan PUASA
7). Aku adalah Munkar & Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan banyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

Dalam sebuah Hadith riwayat Al-Imam Al-Bukhari r.a, Rasulullah SAW bersabda,"Sampaikanlah dariku walau satu ayat".

Maka sampaikanlah kebaikan kepada orang lain walau hanya dengan sebuah senyuman, sepotong ayat, sepatah perkataan. Mudah-mudahan menjadi persaksian kita di hadapan Allah semasa Hari Perhitungan kelak.

No comments: