Thursday, March 31, 2011

music through guitar

Pictures from http://www.electric-guitar-strings.net/
Aku dah lama meminati muzik. Lebih-lebih lagi jika alunannya dari sebuah gitar. Dan kerana minat, aku belajar bermain gitar. Tapi bukan secara serius la. Aku belajar dari kengkawan. Cuma waktu tu aku takleh fokus kepada bidang ni. Lastly, hilang macam tu saja. Tak lama lepas tu, adik aku si Wan Gambus pulak menunjukkan minat. Aku ajar benda paling basic, macamana rupa kod-kod A sampai G. Dan.. diam takat tu ajelah. Tup..tup... Dia minat sangat dan dia belajar dengan cousin kitorang si Awang Astro dan kengkawannya yang lain, sampailah dia jadi sangat terrer. Macamana terrernya tu? Bak kata orang, kalau dia main solo.. Jemarinya menari atas string macam labah-labah bergerak! Sungguh tak tipu.

Tapi kita bukan nak cerita pasal dia kali ni. Dalam post aku yang satu ni, aku nak share beberapa video yang aku copy daripada Youtube (itu jela source aku pun..) muzik-muzik sensasi dan hebat sepanjang zaman. Ada antara pemainnya korang kenal, ada yang tidak. Tapi hayati muziknya, korang pasti akan terpegun. Link-link ini ("link-link"? mana aku dapat ni..?) akan aku update apabila aku menjumpai lagi benda-benda camni. Kalau korang nak aku link juga untuk musician lain pun boleh jugak. Nanti aku cuba carikan. So, enjoy...

1. John Butler Trio - Ocean
2. Cromok - Another You
3. Eric Clapton - Tears in Heaven
4. Luna Lux Lucis - Dan Mumm
5. Trace Bundy and Sungha Jung
6. Professor Nelson Amos - Spanish Romance
7. Recuerdos de la Alhambra
8. Paul Anka - Diana
9. Paul Anka - Put Your Hand on My Shoulder
10. Unchained Melody - Classical Piano Instrumental with Orchestra
11. Paul Anka - You are my Destiny
-

Monday, March 28, 2011

Assignment Umi Dayang

Umi Dayang ~ Noriza binti Bahari
Link ni aku buat spesel untuk darling aku, Group Assignment untuk FIN 426 - Banking Operations and Documentation telah di"compile" dan boleh dimuat turun. Sila klik link kat bawah ni untuk muat turun, atau omputihnya download. Pastu klik je "Click Here To Start Download From MediaFire.."

Dokumen ini adalah hasil usaha darling aku ni ngan kengkawan dia. So, aku letak security sket kat fail tuh. Kalau korang nak bukak juga, minta ngan bini aku password dia.

BANKING OPERATIONS AND DOCUMENTATION

Saturday, March 19, 2011

Swimming Lesson 2


Hari ni (19 Mac 2011 - Sabtu), ada tiga orang je student yang datang untuk Swimming Lesson. Agaknya mood cuti sekolah kott.. Dayang masih lagi ada problem dengan confidence self. Nangis lagi la tuee.. Cikgu Kolam ajar dia guna pelampung jenis tiub supaya dia boleh kayuh kaki dan kuak tangan. Tapi dia greb aje tangan Cikgu Kolam. huhuhuhu.. Nampak lawak pun ada, kesian pun ada. Nampak gaya aku kena bawa dia kerap main air kolam nih. Google ngan pelampung pun dah beli. Nanti bolehlah belasah. Tapi bukan hari nilah.  Cuaca mendung sepanjang pagi nih. Risau kalau-kalau hujan, kena demam pulak dia kang. Minggu depan dahlah sekolah balik.

Umi nya dah pegi keje tadi. Malam ni stay kat rumah mak lagi coz esok ada test kat sekolah. Mudah-mudahan Allah mudahkan test tu untuk dia. Maknanya, kami bujang lagi lorr.. hehehehe... Malam ni kalau tak hujan ingat nak pegi jalan-jalan ngan Dayang pegi pasar malam kat pekan. Mesti dia seronok. Nak ganti balik "penderitaan" nya belajar berenang pagi nih. huhuhu..

Friday, March 18, 2011

Lucah ke lawak?

Lucah ke Lawak? Hahahaha.. Korang mesti ingat yang bukan-bukan, kan?? Apa daa..

Ramai orang ada "hero" masing-masing. Bagi aku, hero aku adalah abah aku. Tapi kalau dikategorikan dikalangan artis, orang dalam gambar nilah hero pujaan aku. Sampaikan ada yang menyamakan aku macam dia. (cheewahhh.. perasan!)

Afdlin Shauki (seperti pada link Wikipedia ini) adalah seorang yang sangat gigih dalam usahanya untuk memartabatkan industri hiburan tanah air.

Korang nak tengok kat mana "Lucah ke Lawak"nya Afdlin Shauki?

Saksikanlah... (kredit to Youtube)

Hanya tinggal kenangan...

Aku sangat minat dengan mereka berdua ini. Siapa tak kenal dengan Legend, Afdlin Shauki dan sahabat baiknya; seorang lagenda juga - Bob Lokman. Satu Malaysia kenal mereka. Cuba tengok ni. Tapi kali ini aku nak kongsi sikit pasal Bob Lokman. Mungkin kita kenal dia sebagai artis yang banyak buat lawak, tapi tahukah kita sentuhan liriknya untuk lagu Isabella nyanyian Amy Search menerjah sehingga seluruh Asia??

Dan, kini Bob Lokman nampak gayanya telah meninggalkan dunia glamor. Dan dia telah memilih jalan ini pula kemudiannya. Semoga dia berjaya dengan pilihannya. Apapun, you are the best, man..

Pasal Afdlin, lain post aku cerita..

(Sila klik pada setiap tulisan berwarna diatas untuk melihat video - kredit untuk Youtube.com)





Wednesday, March 16, 2011

Pecah Masuk

Tanggal 14 Mac 2011 (Isnin) memang satu tarikh yang tidak akan dapat aku lupakan selama Allah masih mengizinkan. Hari tu adalah sejarah pahit bagi aku dan keluarga. Rumah aku kena pecah masuk!!! Ya... Pecah masuk, Ahmad Albab. Pecah Masukkk...

Cheriteranya beghini..

Selama ni apabila aku dan isteri terchenta pegi keje, Laptop kami tinggal jer kat rumah. Takder keperluan untuk bawa pun. Kereta yang sebuah lagi kami tinggal pasal mengamalkan konsep share kereta. (aku ngan bini aku je la..) Siap tinggalkan kunci kereta kat rumah lagi. Iyelah, rumah dah kunci baik. Kawasan tu pula terkenal dengan imej bersih dari jenayah. Siap Rukun Tetangga yang aktif lagi. Termasuklah Night Watch dan rondaan pak polisi. Plus jiran sebelah yang sentiasa ada orang (pesara).

So, hari tu pagi kami bermula seperti pagi-pagi hari bekerja yang biasa. Sesudah bersiap dalam pukul 5:30 pagi, kami pun hantar anak ke rumah pengasuh (kakak ipar). Tapi kali ni dua-dua kereta pergi. Kereta Kak Long rosak, so dia pinjam la kereta kitorang. Oklah, takder problem. Dan hari tu aku bawaklah laptop pasal bajet lepas kerja, sementara menunggu bini aku settle keje kat opis dia.. Boleh gak aku layan internet kejap, maklumlah dah tengah gila ngan HTML dan Blogging nih macam tulah..

So, everything was normal the whole day. Sampailah saat-saat akhir aku nak keluar opis. Jeng... Jeng... Jeng...

Settle maghrib, aku kelam kabut nak balik. Ntah kenapa.. Sampaikan broadband aku tercicir pun aku tak sedar. Pegilah jemput si isteri yang always jelita nih. Aku cakap kat dia nak patah balik opis pasal broadband hilang. Tapi dia kata esok saja pasal dia rasa nak balik cepat. Risau anak tunggu lama, katanya. Wokeh, aku lenjanlah kancil tu. Up sampai 120 dia lari. Menoleh aje tuan punya Merc atas jalan tengok aku bawa kereta macam kena kejar hantu "Khurafat".

Sampai je kat kawasan rumah, aku terperasan macam lampu porch rumah aku terpasang. Pintu pagar dan grill pintu terbuka. Cahaya lampu dalam rumah pun aku nampak. Aku breklah mengejut! Terbangun bini aku yang sedang asyik lena kepenatan. Aku bagitahu kat dia (masa tu kereta terus berjalan lepas aku brek tu pasal nak amik anak) apa yang aku nampak. Tapi katanya,"Perasaan abang je kot. Entah-entah jiran sebelah". Tapi aku yakin aku tak salah tengok.

So, aku drop dia kat rumah Kak Long. Suruh dia bawa anak balik ngan kereta kitorang yang Kak Long pinjam tuh. Dan aku pun menggila bawa kerta menuju ke rumah...

Punyalah berderau darah aku apabila aku sampai depan rumah. Sah! Rumah aku kena pecah masuk!!
Apalagi, aku selak karpet kereta. Aku capai parang lading, main campak je sarung dia. Aku masuk dalam rumah dalam keadaan menggigil. Bukan pasal takut, tapi dah marah sangat-sangat. Benawey punya mala'un. Segenap ceruk aku cari. Rumah aku bersepah, barang-barang berterabur. Kat bilik, almari tunggang langgang. Pakaian semua bersepah. Pastu aku keluar balik, cadang nak sergah jiran sebelah. Apa dia buat sebagai jiran. Nak marah camtulah asalnya. Tapi tak jadi. Takleh gak salahkan dia. Ini salah aku sendiri. Masa aku keluar tu, bini aku pun sampai ngan anak. Lama dia dalam kereta cuak tengok aku ngan parang lading ke sana ke mari.

So, pastu kitaorang satu famili pun masuk rumah. Check apa yang hilang. Printer, Home Theater, Baju-baju aku semua habis. Buku sekolah anak (anak aku umur 5 tahun), kasut anak, kamera, barang kemas. Total lost semua tu dalam RM32K. Anak aku menangis. Dia takut katanya. Aku tanya,"takut apa? Babah kan ada nih?". Dia kata nak check peti ais, kut-kut hilang sama. Aku bawalah dia ke dapur tengok peti ais tuh. Pastu dia buka.
"Fuhh.. Nasib baik gula-gula Dayang tak hilang."
Allah! Itu yang dia risau?? Dalam keadaan kacau bilau tu aku tergelak sambil menepuk dahi dengan keletah dia. Bini aku pula diam je.. Dia tak mampu nak bersuara. Tapi aku tahu kesedihannya tuh..

Tak lama lepas tu, Rukun Tetangga pun datang. Dengan Pengerusi Penduduk pun ada. Polis pun datang (sebelum tu aku dah call 999). Dah siap semua amik statement aku (kalau aku tahu begini ramai, baik buat sidang akhbar), aku pun pegi buat repot kat Balai Polis Beranang.

Dan esoknya aku bercuti sehari. Ala-ala cuti peristiwa la. Dengan pakaian yang takder, aku selamba... dengan jubah! Hahahaha.. korang ingat mesti aku naked kan... apa daa...

Nak tahu cerita selebihnya? Komen post aku nih. Nanti aku jawap soalan korang. Dah penat nak menekan keyboard..

Sunday, March 13, 2011

Sayur Kacang Goreng Telur

Hari ni aku takder idea nak masak apa untuk Dayang, anakku. Siap minta suggestion kat Facebook lagi. One of my friends, Abang Zamri siap suggest bagi meggi goreng telur mata. Takpun nasi kukus ayam dara. Hahaha... Memang buleh buat bang, tapi tak cukup masa. Nak goreng telur, mata kena cari dulu.. Nak buat nasi kukus, ayam kena interview dulu... masih dara ke dah tak.. Hahahaha...

Sudahnya, aku buat sayur kacang goreng telur ajelah. Tapi aku lah yang goreng telur tu, bukan sayur kacang tuh..
Campurkan ke nasi panas + kicap soya manis... Perghhh.. Menjadi!
Sesuailah untuk anakku kecil ku ni. Dia pun suka makan. Habis licin. OK, aku nak share resepi lah kalau ada yang belum tahu.


Sayur Kacang Goreng Telur
Bahan-Bahan ( Untuk 2-3 Orang Makan) :
  • Sayur kacang panjang (dalam 5 batang)
  • Telur ayam 3 biji
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Setengah genggam ikan bilis (boleh ganti ngan udang kering kalau suka)
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
Persediaan :
  • Potong sayur kacang pendek-pendek dan kecik-kecik (lihat gambar)
  • Pecahkan 3 biji telur dan kacau sebati
  • Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, bilis / udang kering
  • Panaskan kuali dan minyak (minyak lebihkan sedikit)
Cara-Caranya :
  • Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau
  • Masukkan sayur dan goreng sehingga agak lembut
  • Masukkan garam
  • Masukkan telur yang telah dikacau dan sebatikan dengan sayur tadi
  • Pastikan semuanya ok, dan... bedalll.....

O Re Piya | O My Man..

Rahat Fateh Ali Khan
I love this one. It's very old, but really lovely. A song by Rahat Fateh Ali Khan. The video was downloaded from Youtube and the lyrics with translation were copied from Yahoo! Answer. Enjoy..

Click here for O Re Piya


O Re Piya | O My Man..

aayaa kahaa.n se yah ho.nslaa re
Oh, where did this courage come from?
o re piyaa o re piyaa haaye
O my man...

taanaa-baanaa taanaa-baanaa buntii hawaa haaye buntii hawaa
The breeze teases and taunts me, oh, the breeze plays havoc with me.
buu.nde.n bhii to aaye nahii.n baaz yahaa.n
Even the raindrops won't shower here again.
saazish me.n shaamil saaraa jahaa.n hai
The whole world is part of the intrigue.
har zarre zarre ki yah intezaar hai
I never stop waiting.

o re piyaa
O my man!
o re piyaa haaye o re piyaa haaye
O my man...
o re piyaa
O my man!

ni re re re ga ga ga ma ma ma pa pa ma ga re sa sa re re sa ga ga re ma ma 
ga pa pa ma dha dha pa ni ni sa sa pa pa sa ma pa dha ni sa ni re ni sa sa sa...
[Notes in Indian classical music.]

nazare.n bole.n duniyaa bole
The glances are telling, the world is telling
dil kii zabaan haaye dil kii zabaan
the story of my heart, oh, the story of my heart.
ishq maa.nge ishq chaahe koii tuufaan
Love prays, love wishes for a hurricane.
chalnaa aahiste ishq nayaa hai
A new love slowly walks in.
pahalaa yah waadaa ham ne kiyaa hai
This is the first promise we gave.

o re piyaa haaye o re piyaa haaye
O my man...
o re piyaa piyaa
O my man, my man.
yah piyaa
This my man.

na.nge pairo.n pe a.ngaro.n chaltii rahii haaye chaltii rahii
You were stepping on burning charcoal barefoot, oh, you kept walking.
lagtaa hai ke gairo.n me.n me.n paltii rahii haaye
Oh, it seems that you were brought up among strangers.
le chal wahaa.n jo mulk teraa hai
Take me to your country.
zaahil zamaanaa dushman meraa hai haaye
Oh, the cruel world is my enemy.

o re piyaa haaye o re piyaa haaye...
O my man...



Saturday, March 12, 2011

Earthquake and Tsunami hits Japan in March 2011

Dalam keadaan dunia masih terkejut dan tergamam dengan apa yang berlaku di Negara Matahari Terbit...
Bersama-samalah kita nilaikan sendiri kejadian malang ini dari kacamata agama, sains dan moral.
(bunyi macam kontroversi pulak..)

Semoga rakyat Malaysia di sana selamat, dan semoga Negara Malaysia ini selamat dari malapetaka seperti ini.

Dan yang paling penting, bersama-samalah kita berusaha mana yang mampu untuk membantu mangsa-mangsa kejadian gempabumi dan tsunami di Jepun.



Swimming Lesson


Pagi ni aku bawa Dayang pegi swimming class lepas seminggu tak turun pasal dia sakit. Teruk jugak sakit dia time tuh. Kena batuk berkahak ngan selsema. Sampai 5 jenis ubat doktor bagi dia. Alhamdulillah, dah sembuh dan sihat (saki baki sakit tu ada jugaklah).

Berbalik kepada swimming lesson dia ni. Kalau dah seminggu tak turun kolam, gerenti caca marba jadinya. Iyalah, budak umur 5 tahun. Confident Self pun belum kuat mana. Cikgu Kolam (gelaran anak aku untuk orang yang mengajar tu) suruh dorang semua line up, buat stretching ngan warming up. Dah siap semua, katanya warming up kat kolam. Dia suruhlah terjun... Jeng..Jeng..Jeng..

Punyalah sejuk air kolam tu. Warming up apa... Menggigil Dayang. Terus kecut segala-galanya. Hahahaha..
Nak terjun pun takut. Siap menangis-nangis lagi. Saboo jelah.. Mana tak sejuk, semalaman hujan kat Beranang ni. Alahaiii.. Kesian tengok dia. Tapi, iyelah.. Nak belajar kan.. Kena lah tahan lasak sikit.

Tapi bila dah lama sikit, siap ngan kengkawan lagi.. Faham-faham sajalah. Bedebusyyy....

CheeWan Gambus (Dia Adikku..)

CheeWan Gambus


Macam yang aku bagitahu kat post sebelum ni, aku akan show korang bagaimana adik aku, seorang artis gambus yang menerima didikan rasmi peringkat Ijazah dari Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) dalam bidang muzik mengalunkan kelunakan muzik gambus.

Secara jujur, aku menilai dia (walaupun bukan profesional) dari kacamata seorang peminat muzik gambus. Sememangnya berbakat (bak kata Abang Ipar aku, BERKABAT). Dan mutiara seperti ini haruslah diketengahkan agar seni gambus yang sudah sekian lama bertapak di bumi Melayu ini tidak pupus.

Enjoy..
Nak Tengok Macamana Terrer Dia Nih?




Omar Bashir - To My Mother

Omar Bashir
Nak tengok dia main gambus?

Semenjak adik aku, Mohd Ridhuan mula beralih arah dari gitar ke alat muzik gambus, minat aku terhadap instrumen ini mula menjadi-jadi. Kelunakan dan kelembutan alunannya (of course dari Master Oud la..) menjadikan kita terbuai-buai. Nak jadi cam dorang, hampeh tak pandai. Maklum sajalah, otak tepu + bengap = tak skolah punya orang. Post lepas ni aku tunjuk pulak adik aku main gambus. Korang nilai sendiri bagaimana artis anak didik Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) mengalunkan keindahan muzik menggunakan alat Gambus..

Friday, March 11, 2011

Just The Way You Are

Billy Joel


This is the song from Billy Joel called "Just The Way You Are". I've downloaded it from Youtube.com
Really timeless song. Love to hear this and everytime just like the first time heard it. Enjoy..






Don't go changing, to try and please me 
You never let me down before 
Don't imagine you're too familiar 
And I don't see you anymore 
I wouldn't leave you in times of trouble 
We never could have come this far 
I took the good times, I'll take the bad times 
I'll take you just the way you are 

Don't go trying some new fashion 
Don't change the color of your hair 
You always have my unspoken passion 
Although I might not seem to care 

I don't want clever conversation 
I never want to work that hard 
I just want someone that I can talk to 
I want you just the way you are. 

I need to know that you will always be 
The same old someone that I knew 
What will it take till you believe in me 
The way that I believe in you. 

I said I love you and that's forever 
And this I promise from the heart 
I could not love you any better 
I love you just the way you are. 

Wednesday, March 9, 2011

Bean Man

THE TRICK IS TO FIND THE MAN IN THE COFFEE BEANS:

This is bizarre - after you find the guy - it's so obvious. Once you find him - it's embarrassing, and you think, "Why didn't I see him immediately?"

 
 
Doctors have concluded that if you find the man in the coffee beans in 3 seconds, the right half of your brain is better developed than most people. If you find the man between 3 seconds and 1 minute, the rig ht half of the brain is developed normally. If you find the man between 1 minute and 3 minutes, then the right half of your brain is functioning slowly and you need to eat more protein. If you have not found the man after 3 minutes, the advice is to look for more of this type of exercise to make that part of the brain stronger! And yes, the man is really there!

KEMBALI SEMULA...


Seandainya ada yang mencari mana perginya Babah Dayang.. (kalau adalah yang nak cari..)

Memang korang takkan jumpa! Blog tu telah dikubur selamanya kerana masa untuk pelbagai eksperimen pada Blog telah selesai.

Aku tak kata yang aku dah cukup terrer untuk berBlog dan mendandan Blog aku. Tapi aku rasa cukup setakat dengan apa yang aku perlukan sahaja. Bukan nak fancy-fancy, nanti buat berat Blog, buat sakit jiwa nak buang itu-ini.

So, aku kembali dengan Blog yang satu ni (nama dan alamat yang sama), supaya kengkawan dan sedare yang dah mengenali Babah Dayang tak pening nak mencari (again.. kalau ada yang nak cari la...)

Dah tu, kalau Blog lama tu experimental.. yang ni untuk apa lak? Jeng.. Jeng.. Jeng..

Jawapannya, tak kisah!
Kita akan berkongsi apa-apa sahaja yang mendatangkan manfaat dan mengurangkan senangnya tiket kita ke neraka. hehehehe..

So, stay attached. Keep on following my Blog and feel free to leave a comments.

Thanks..