Saturday, March 12, 2011
Swimming Lesson
Pagi ni aku bawa Dayang pegi swimming class lepas seminggu tak turun pasal dia sakit. Teruk jugak sakit dia time tuh. Kena batuk berkahak ngan selsema. Sampai 5 jenis ubat doktor bagi dia. Alhamdulillah, dah sembuh dan sihat (saki baki sakit tu ada jugaklah).
Berbalik kepada swimming lesson dia ni. Kalau dah seminggu tak turun kolam, gerenti caca marba jadinya. Iyalah, budak umur 5 tahun. Confident Self pun belum kuat mana. Cikgu Kolam (gelaran anak aku untuk orang yang mengajar tu) suruh dorang semua line up, buat stretching ngan warming up. Dah siap semua, katanya warming up kat kolam. Dia suruhlah terjun... Jeng..Jeng..Jeng..
Punyalah sejuk air kolam tu. Warming up apa... Menggigil Dayang. Terus kecut segala-galanya. Hahahaha..
Nak terjun pun takut. Siap menangis-nangis lagi. Saboo jelah.. Mana tak sejuk, semalaman hujan kat Beranang ni. Alahaiii.. Kesian tengok dia. Tapi, iyelah.. Nak belajar kan.. Kena lah tahan lasak sikit.
Tapi bila dah lama sikit, siap ngan kengkawan lagi.. Faham-faham sajalah. Bedebusyyy....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Salam merdeka! Konvoi FZ150i - Merdeka Ride ke Pantai Klebang (panjang konvoi : Lebih 2km) 31hb. Ogos 2013 (Sabtu), community group...
-
Billy Joel This is the song from Billy Joel called "Just The Way You Are". I've downloaded it from Youtube.com Really ti...
No comments:
Post a Comment