Saturday, October 8, 2011

SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN


(dipetik dari post seorang muslimah di Facebook)




Siapa kata jadi perempuan tu SENANG??


Nak kena tutup sana, tutup sini. Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang tak bising. Perempuan, stoking pun kena pakai. Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari, confirm tak tahan bertutup semua.


Tapi, perempuan cool jek. Tengah panas pun boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan..


Siapa kata jadi perempuan tu SENANG??


Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit. Nak pergi kelas pun susah. Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sebab sakit. Cuba tengok budak lelaki , selamber jek. Kadang-kadang setahun sekali pun susah nak dapat sakit. Tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive jek. Tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit. Hebat kan perempuan..


Siapa kata jadi perempuan tu SENANG??


Hati ni Allah jadikan lembut betul. Cepat jek sensitif. Cuba tengok orang putus cinta, Selalu perempuan yang paling susah nak lupa. Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru. Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan, Siapa yg paling teruk menangis? Perempuan kan? lelaki siap boleh gelak-gelak lagi. Lembut tak lembut hati perempuan..


Tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki. Hebat tak perempuan?


Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yang merajuk Dengan Allah. Diorang cakap, ALLAH TAK ADIL!


Kenapa Allah lebihkan lelaki..?


Kenapa perempuan kena dengar cakap suami..?


Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami..?


Kenapa pembahagian harta orang lelaki dapat lebih daripada orang perempuan..?




Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah. Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, tak susah macam nak jaga seorang anak perempuan. Dan disebabkan perasaan negatif kepada Allah ni, ramai perempuan kat luar sana yang membebel. Diorang pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'LELAKI TAK PAYAH TUTUP PUN!!'


Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki. Diorang sanggup gadaikan diri diorang sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati. Kesian kan kat diorang, disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang. Diorang cakap diorang buat macam tu sebab Allah tak adil.




PERSOALANNYA SEKARANG..




Betul ke Allah tak adil dengan perempuan??


Sememangnya, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami. Tapi, cuba ingat balik..
Syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya.


Sememangnya, isteri kena ikut cakap suami. Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya. Tak adil lagikah Allah pada perempuan??


Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan. Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya. Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri. Cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu. Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki, bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu.


Sememangnya, pembahagian harta kepada perempuan adalah sedikit berbanding lelaki. Tapi, harta yang lelaki dapat adalah untuk tanggungannya, manakala harta yang perempuan dapat hanya untuk dirinya sendiri.


MashaAllah, hebatnya perempuan kan..


Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yang jadikan kita hebat. Cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang diradio. Banyak lagu pasal perempuan kan, contohnya macam lagu SUMAIYYAH, SITI KHADIJAH, AISYAH, dan banyak lagi. Jarang kita dengar lagu pasal lelaki. Sayang tak sayang Allah tu kepada perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali didunia ini.


Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...


Orang akan cakap, 'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan dibelakangnya'. Tak pernak pula kita dengar, 'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'. Hebat tak Allah jadikan perempuan tu?


Masih tak adil lagikah Allah kepada perempuan??




Allah sebenarnya terlalu adil kepada perempuan. Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni, mereka senang nak masuk syurga. Perhatikan hadis Rasulullah SAW ni:


"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)


Tak adil lagikah Allah pada perempuan??


Oh perempuan, sedarlah. Betapa sayangnya Allah kepada kita. Betapa cintanya Allah kepada kita. Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran negatif yg tak berasas dekat Allah? Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia.


Bayangkan, dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan. Dan seindah-indah hiasan tu adalah wanita solehah. Malah, dalam Al-Quran Allah titipkan surah khas yang diberi nama AN-Nisa (Perempuan). Ada kita jumpa surah Ar-Rijal (Lelaki)?


Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan??




Sekadar perkongsian bersama 


~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yang sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah kerana dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~


Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi..


Wallahu'alam..




No comments: