Wednesday, February 13, 2013

Permainan SMS Anak Aku!

Pernah tak korang dapat SMS dari No. 25333 (Celcom XPax)? Ni actually untuk Celcom User lah. Aku ada satu cerita best yang melibatkan anak manja aku, Dayang Nurul Husna dengan SMS 25333 ni. Kejadian ini berlaku pada 11 Februari 2013, jam 8:30 pagi. Anak aku yang baru Darjah Satu ni baru je pandai menaip dalam phone untuk SMS..


Celcom XPax

               VS

    Dayang





11/02/2013, 8:31am - 25333 :
Tahniah! Anda buat 2 pggln semalam & mengumpul 20 Koinz. Jumlah skrg : 2130 Koinz.
*Htr KALL <nick> ke25333 utk memanggil FREN anda! T&S*

11/02/2013, 8:44am - Dayang :
Saya tak faham

11/02/2013, 8:44am - 25333 :
Keyword tidak sah : SAYA. Htr KHELP ke 25333 utk senarai keyword.

11/02/2013, 8:47am - Dayang :
Saya ank abah jangan lah marah saya kecik lagi

11/02/2013, 8:48am - 25333 :
Keyword tidak sah : SAYA. Htr KHELP ke 25333 utk senarai keyword.

11/02/2013, 8:49am - Dayang :
Ala

11/02/2013, 8:49am - 25333 :
Keyword tidak sah : ALA. Htr KHELP ke 25333 utk senarai keyword.

11/02/2013, 8:52am - Dayang :
Ok la ok la nanti saya cakap dengan abah saya...

11/02/2013, 8:52am - 25333 :
Keyword tidak sah : OK. Htr KHELP ke 25333 utk senarai keyword.


Kesudahannya.. Dia lari masuk bilik kitorang dalam keadaan yang cuak amat sangat. Minta tolong kat aku selesaikan "masalah" dia dengan 25333. Katanya, dia kena marah sebab main SMS guna phone aku. Memang ceria sungguh pagi tu, gelak sakan Puan Isteri. Huhuhuhu...

Oh ya.. Nak promote sikit, silakanlah klik kat sini kalau nak tengok Dayang konvo, dan klik kat sini untuk tengok Dayang membuat persembahan semasa Majlis Konvo tersebut.

No comments: