Monday, September 2, 2013

Travelog Ride Merdeka Melaka FZ Crew 2013

Salam merdeka!

Konvoi FZ150i - Merdeka Ride ke Pantai Klebang (panjang konvoi : Lebih 2km)
31hb. Ogos 2013 (Sabtu), community group pemilik motorsikal Yamaha model FZ150i melalui anjuran FZ150i Crew berjaya melaksanakan konvoi Ride Merdeka Melaka FZ Crew 2013 dalam skala besar (melebihi 150 motor FZ150i) ke Mukim Klebang, Melaka.

Yamaha LC ikot sekali. Best dan meriah!
Konvoi ini disertai oleh banyak group lain, seperti Fzians Kajang, Fzians N9, FOG dan lain-lain. Namun, terdapat jua penyertaan dari adik-beradik FZ, iaitu LC.




Perjalanan sebenar konvoi bermula pada jam 11 pagi di RnR Seremban selepas taklimat perjalanan konvoi dan taklimat keselamatan dari penganjur dan marshall. Konvoi ini berakhir di Klebang Original Coconut Shake, sebuah tempat makan yang sangat terkenal dengan Coconut Shake Special.



WOKEHHH...

Md Idham
Aku nak cerita bukan laporan perjalanan ni, tapi pandangan dan pengalaman aku yang first time mengikuti konvoi besar-besaran seperti ini. Sebelum tu, terima kasih banyak-banyak kat Md Idham yang banyak memberi tunjuk ajar dan membawa abang ke dunia FZ. Baaaaik orangnya. huhuhu..






Mini RV kat Tol Nilai bersama kengkawan dari
Kajang, Sepang, Nilai
Kitorang, group dari Kesuma buat mini RV (rendesvous venue) kat kedai makan mamak, Pelangi Impian Maju - PIM kat Pelangi Semenyih 2, sebaris ngan Kedai rakyat 1Malaysia seawal jam 7:30 pagi. Akulah yang memula sampai, pukul 7 lagi. Bukan apa, nak melantak roti canai sikit ngan Puan Isteri dan princess. Tak lama lepas tu, diorang Apai, Iman, Belon dan Oren pun sampai. kejap je sembang, Am pula sampai. Sheikh dan Nasihin. Lebih kurang pukul 7:45 kitorang gerak ke Bandar Putera Mahkota, bertolak dengan sorang lagi member ke Tol Nilai untuk combined ngan group FZ Kajang (Fzians Kajang). Last sekali, bila member, Keshav Bean dah sampai, baru kitorang bertolak ramai-ramai ke RV utama, RnR Seremban.



RnR Seremban : 1/3 daripada keseluruhan yang ada
RnR Seremban : another 1/3
Bersedia untuk konvoi
Memang ramai giler yang join! Ada dalam 150 motor FZ macam tu. Tapi rasanya lebih walaupun tidak seramai jambori dulu (aku tak ikut time tu). Lepas taklimat, kitorang gerak ke Tol Ayer Keroh dan disambut oleh Fzians Melaka. Sepanjang perjalanan konvoi, rasa keterujaan dan seronok yang amat sangat dapat aku rasai. Maklum saja, first time konvoi sebegini ramai. Pernah dulu, paling ramai pun 20 biji kereta.
Marshall bertugas
Sesi Taklimat
Ini lain, motosikal beb! Thrill dia lain macam. Para marshall menjaga dan mengawal perjalanan dan trafik kami dengan cemerlang. Banyak terima kasih kat depa. Aku duk depan, sekali ngan Idham, Nasihin, Apai dan beberapa rider lain - of course di belakang lead marshall, LC dan rider ber"pillion". Selama ni, aku sungguh skeptikal apabila dengar pasal konvoi motor ni. Maklum sajalah, sebut motor bila time ramai-ramai, mesti tak tentu hala punya. Merempit la, racing la, langgar undang-undang lalu lintas la, buat jalan macam abah dia punya jalan la, macam-macam lah. Tapi yang satu ni sememangnya "eye opener". Membuka mata dan minda sunggoh! Bagi aku, apa yang aku saksikan sepanjang program ni berjalan, memang lain. Mereka kesemuanya sangat berdisiplin dan menghormati orang lain, terutamanya pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Konvoi kami juga dibuat dengan teratur tanpa menyusahkan pemandu-pemandu kenderaan, sehinggakan mereka turut memberikan kerjasama baik. Aku sendiri menyaksikan 2-3 buah kereta melambai-lambai ke arah kami sambil menunjukkan Tumbs Up! Tak cukup dengan itu, brader-brader rider motor-motor berkuasa besar turut Tumbs Up menunjukkan yang mereka sangat kagum dan bangga dengan disiplin yang ditunjukkan. Aku cukup merasa berbesar hati dengan kredit-kredit semua tu. Tahniah aku ucapkan kepada semua peserta konvoi. Begitu juga dengan kesungguhan pihak penganjur dan kemantapan skil dan profesionalisme para marshall. Tahniah guys!!
Penjaga-penjaga berkaliber


Abam-abam marshall kat Tol Ayer Keroh
Sesampai kat Tol Ayer Keroh, kitorang melepak kejap melepaskan lelah menunggang sang kuda besi, sambil disambut oleh Fzians Melaka. Memang mandi peluh. Cuaca terik, dengan jacket dan sweater, helmet fullface, sah-sah kalau aku perah baju, boleh penuh cawan buat minum! Maka time nilah jiwa aku kacau sunggoh. Punyalah susah hati. Mana taknya, indicator engine menyala-nyala kelip-kelip. Apai macam terperasan muka kelat aku tu, dia pun sapa tanya kenapa. Lepas aku story telling, dia pi dapatkan salah seorang marshall. Kawan ni tolonglah tengokkan, katanya kod 4-6. Kod ni timbul kalau ada masalah wiring kat motor. Maybe la kot, pasal aku dah tukar headlamp Belang, jadi wiring memang usik sana-sini. (tapi la ni dah tak muncul kelip-kelip tu.. tak tau la esok lusa). Risau gak, kan. Takot coil ngan magnet ka... Memang haru-biru jadinya nanti. Terima kasih bro. Lupa nak tanya nama hang. Memang baik saudara tu.
Klebang Original Coconut Shake

Dari sana, kitorang dipandu oleh Fzians Melaka ke destinasi terakhir, Klebang Original Coconut Shake. Dalam cuaca panas terik tu, menghirup seteguk coconut shake special macam rasa dapat oksigen lepas jem 5 minit! Memang sedap gilos!!
Kengkawan FZians Kajang
Idham @ Am dan Aku, Hj Nizam Al-Bruni
Tapi bagi korang yang baru first time sampai tempat ni.. macam aku.. stand by saja dengan karenahnya. Terlampau ramai orang. Sistem order terpaksa dibuat agar sesuai dengan kapasiti pelanggan. Order kat kaunter, bayar, simpan resit dan letak kat meja. nanti akan ada waiter yang datang membawa pesanan. Selepas memastikan apa yang kita order di kertas resit, waiter akan cop "Taken" pada resit tadi dan menyerahkan order kita. Perghhh!!! Lain betol. Tak kisahlah, janji aku dapat menghilangkan penat dahaga ni. Lagi satu yang buat aku rasa seronok dalam group FZ ni, time makan tu la. Dalam kesesakan dan kepadatan pelanggan kat kedai tu, kita main duduk mana ada je. Bukan kenal pun orang-orang yang duduk kat meja kita tu, adalah sorang dua. Tapi.. dia punya sembang.. Macam kawan semenjak tadika woo.!! Padahal, bukan setakat nama, pernah tengok/jumpa sebelum tu pun tak pernah. Siap gelak main tepuk-tepuk bagai. Memang special la brotherhood dalam FZ ni. Syabas geng! Korang memang best!!

So, officially program tu end kat situ. Lepas dari itu, aktiviti sendirian berhad. Mana-mana individu atau kumpulan yang ingin melakukan program lain, adalah acara sendiri. Ada yang nak pusing-pusing town, ada yang nak gi Pantai Puteri, ada yang pegi Pantai Klebang, even ada yang patah balik terus. Niat sekadar nak membantu konvoi sahaja. Pergh.. salute habis la.

Idham dan Ariff Daniel
Pantai Klebang
Pantai Klebang
Hajat awal tu, Idham nak bawa aku pegi pusing bandar. Tapi terpaksa dibatalkan kerana ada urusan keluarga. Aku pun dah lemau sebenarnya. First time!! Sampai Klebang lak dah lebih jam 2 petang. Zohor dak lagi. Walaupun boleh solat musafir, kalau boleh aku nak guna rukhsah solat tu untuk jamak taqdim. Jadi tak perlu risau kalau ada apa-apa halangan yang timbul dalam waktu 'asar. Jadi, kitorang pegi Pantai Klebang sajalah. Kiranya buat mark yang Fzians Kajang sampai juga kat Klebang. Huhuhu.. Aku lak bawa banner Fzians Kajang, pasal aku ada box kat motor. Time nak gerak dari coconut shake tu, aku ikutlah Am dari belakang. Mati-mati aku ingat dialah yang aku follow tu. Rupa-rupanya orang lain! Dah sudahnya aku ter"follow" kumpulan yang nak patah balik KL. Alamak! Better aku stop kat mana-mana sebelum termasuk ke highway. Pastu aku call Am, terkejut dia! Pendek cerita, Am dan Ariff Dainel guide aku patah balik ke Pantai Klebang. Thanks guys. Kalau tak, memang sengal la jawabnya. Dahlah aku yang pegang banner.. Malu sehh..

Wakil dari FZians Kajang
untuk
Ride Merdeka Melaka FZ Crew 2013
Selesai tunjuk bukti dah sampai Klebang, kitorang berpecah. Ada yang balik terus, ada yang join group yang pegi Pantai Puteri. Aku bawa haluan sendiri. Nak ziarah masjid surau yang ada sekitar Klebang tu la. Boleh menyambil jama qasar sekali. Settle kat situ, bermulalah perjalanan balik aku secara solo pulak. huhuhu..

Sepanjang perjalanan balik, aku diuji Allah dengan hujan selebat-lebatnya. Tolok minyak pula menunjuk ke arah "E". Time tu aku kat highway PLUS. Adoyaii.. memang menduga iman sunggoh! Bawalah pelan-pelan. Aku boleh lak lupa pasal tolok minyak FZ memang sengal. Minyak separuh pun dia tunjuk E. Apa daa.. Nak bukak tengok, atas highway dalam hujan. Kang masuk air tangki aku, ke naya minyak campur air. Tawakal sajalah. Last sekali aku masuk Tol Senawang, ikut jalan dalam tembus ke LEKAS Highway. Nasib baik ada stesen minyak. dah lepas pump, kena kejar lak ngan anjing liar kat situ. Anjing punya anjing! Cuak betul aku dibuatnya. Apa lagi, 120km/j within 1km! Aku pulas habes throttle tu. Siap wheelie, padahal aku tak pandai langsung buat wheelie! DALAM HUJAN PULAK TU!!! SENGAL!!!

Dah masuk LEKAS, aku berenti kat tepi, tarik nafas dalam-dalam, duduk atas jalan (kat tepi). Diam kejap... Diam lagi.. Pastu gelak gila-gila punya! Apa da takot kat anjing!
Indah, sejuk, nyaman..
Tapi, aku tiba-tiba terkesima dengan apa yang aku nampak di hadapan mata. Semacam berada di Kundasang. Tak pun kaki Gunung Kinabalu. Sejuk dan penuh kabus sekeliling..


Tebal giler sahinggakan semua kenderaan
menggunakan hi-beam, termasuklah aku.



Selepas menempuh perjalanan yang sangat menarik ini, alhamdulillah akhirnya jam 7 petang aku selamat tiba di rumah. Syukur alhamdulillah..

Haji Nizam Al-Bruni




1 comment:

Anonymous said...

TERBAIK!!!