Tuesday, September 13, 2011

Lain-Lain Kiraan..



Walaupun "~KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SIKSA NERAKA LAIN-LAIN~"


INGATLAH!!!



Yang memandikan jenazah kamu "ORANG LAIN",



Yang sembahyangkan jenazah kamu "ORANG LAIN",



Yang mengkafankan jenazah kamu "ORANG LAIN",


Yang mengkebumikan jenazah kamu "ORANG LAIN",

Yang membacakan Yaasiin di pusara kamu "ORANG LAIN",

Yang bersedia diatas kematian kamu juga melibatkan "ORANG LAIN",

Jadi...

Jangan menyusahkan "YANG LAIN" dengan perangai kamu yang tidak disenangi "ORANG LAIN"...


(dipinjam daripada Versus SaSsin @Facebook)

Tuesday, August 9, 2011

Pemalas Betul Nih...

Perghhh... Lama betul tak update Blog. Sememangnya sibuk dengan benda-benda lain. Tapi actually mana bulih buat excuse, kan.. Kalau dah malas tu, malas jugak ler..

Posting kali ni aku buat sambil-sambil menunggu lampu kat opis ni terang balik (kitorang, kalau lunch time, lampu off). Tengah-tengah bulan puasa ni pulak, aktiviti makan dan minum siang stop terus. Alhamdulillah sangatlah, pakej kurus aku datang balik. Malam tadi saja, aku dah reduced 11kg berbanding sebelum bulan puasa. Tapi, macam aku selalu cakaplah. Pakej ni datang setahun sekali jer. Masuk Syawal sok, bulatlah balik!


Oh! Cakap pasal Syawal, ni dah masuk minggu kedua Ramadhan. Aku belum lagi tunaikan zakat fitrah. Tahun ni  tanggungan aku dah menjadi 5. Bukan menambah baby, tapi adik bongsuku dah ada kat sini. Dia study UPM, tapi tuning kat Uniti. So, campur aku, campur biniku, campur anakku, campur si Wan, campur si Adik.. Dah jadi lima. Tahun depan, insya Allah, 6 lak. Si Ayang nanti bulan 9 naik sini. dpaat USIM.

Alhamdulillah, semua tu agaknya tanda Allah masih ingat kat aku. Dia beri aku tanggungjawab kerana Maha Kasih-Nya Dia pada diriku. (aku harap begitulah...)
Nanti, 29hb. birthday Dayang lak. Macam-macam dia mintak bila aku tanya malam tadi dia nak apa untuk birthday dia. Siap ngan kek barbie lagi. huhuhu..

Sunday, May 22, 2011

Tinggalkan anak bini..

Hari ni (18 Mei 2011, Rabu), aku kena pergi Kuching atas urusan kerja. Atas keperluan, pemantauan terhadap penyesuaian akaun JMM Kuching perlu dilakukan. Nak mengharapkan kawan aku Si Mary tu, gamaknya kesudah lah tak settle bende nih. Nak soh anak dara tua tu... hhmmm.. apa pun tak tahu.

Skang ni aku kat KLIA masih menunggu waktu penerbangan. Nak datang lewat, dah ada pengalaman kena tinggal. Hahahahaha...

Tiket ke Kuching. Kelas Ekonomi jer..
Dah sejam aku kat sini, rindu pulak rasanya kat anak bini. Terbayang macamana anak aku malam ni. Mesti dia menangis cari abah dia. Dah tiap-tiap malam tidur berkepit.Sayang aku lak, aku soh dia tidur kat rumah Along. Risaulah, sejak kes pecah rumah itu hari... Aku jadi risau sangat nak tinggalkan dorang. Tapi ini atas urusan Seri Paduka Baginda.. Aku takleh elak...




Tepat pukul 1:20 petang, kapal terbang yang aku naiki (tapi bukan aku naik la, aku kat dalam kapal tuh) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Cuaca mendung dan hujan kat sini dengan suhu 24C. Aku menginap kat Dormani Hotel Kuching. Sebuah hotel bertaraf 3 bintang (bagi akulah..).

Nasib baik ada Abang Orai (driver jabatan) jemput aku kat Airport. Dialah yang hantar aku pergi hotel pun. Tapi tugas rasmi aku hanya bermula esok. So, aku minta dia jemput aku esok jam 9 pagi. Tadi, sayang aku call. Katanya nak YM Video Call malam ni ngan anak sekali. Wahh!!! Best! Kang aku sambung balik...
.....

Perghh... Penat! Dari petang pusing-pusing Bandaraya Kuching, macam nak tercabut kaki aku. Dari muzium, berjalan-jalan menelusuri Sungai Sarawak, Waterfront, sampailah ke Shopping Complex Spring. Betul-betul memenatkan. Dah lebih setahun tak pusing-pusing kat sini, tapi tak jauh perubahan yang dibuat. Mungkin kerana polisi Kerajaan Negeri yang begitu komited dengan pemeliharaan dan pemuliharaan budaya agaknya. Malam kat Bandaraya ni tidaklah 'sehidup' malam di Kota Metropolitan Kuala Lumpur. Bermula jam 6 petang, telah banyak kedai yang ditutup. Namun, pub-pub dan beberapa kedai berdekatan ada yang masih dibuka. Masa inilah rasanya semacam berada di luar negara. Dengan ramainya pelancong asing di kawasan tu membuatkan aku rasa perlu sedikit kawalan mungkin. Mana tau ada yang mabuk-mabuk sampai jadi tak terkawal. Oklah, mau rest dulu. Esok ada kerja nak dibuat. Nanti sambung lagi.

Hari ni, 19 Mei 2011 (Khamis). Tadi buat kerja kat JMM Kuching. Opis baru woo.. Chantek! Tapi jauh dari fasiliti awam. Kalau nak pegi kedai makan, kena naik kereta. Kalau nak menapak, memang tengit bau peluh kat baju. Nasib baik tugas aku selesai cepat. Tapi sayang, tak sempat nak jumpa Pengarah JMM Kuching. Dia cuti hari ni, bawa isteri dia ke klinik pasal sakit mata. Tuan Haji Awang lak masuk belah petang. Pagi ada taklimat pra-pencen. Orang dah nak bersara la katakan.. So, aku settle ngan Fredie ngan Dayang Norhayati sajalah. Harap-harap dorang faham. Tapi tadi masa bagi praktikal, nampak takder problem. So, kerja aku dah settle. Nak buat apa lak nih? Aiseyy... Takder idea pulok! Jadi aku pun pegi airport, jumpa officer MAS, dan tukar tarikh flight balik. Hahahahaha... Instead balik Sabtu, aku balik malam esok. Dahlah memang tak sabar nak jumpa anak bini. Kat sini pun buat apa... Kerja dah settle. Takkan nak membazirkan duit yang sememangnya sedikit nih.. Petang ni planning pegi round town lagi lah..
.....


Akhirnya aku dah beli Samsung Galaxy Tab P10000. Alhamdulillah, dah lama mengidam nih. Puas betul hati aku. hehehehe.. Esok nak balik dah. Mengantuk la pulak. Esok sambung ah..

Yeyeay! Hari ni aku balik. So, cam biasa. Pegi airport, tunggu kapal, berlepas, landing, jumpa isteri dan anak, balik rumah, tidur dalam kepenatan... (tahap malas nak menaip namanyer...) 
-

Saturday, May 7, 2011

Swimming Lesson 3

Kelas swimming hari ni lewat sikit bermula. Kami pun datang lambat 15 minit. Cikgu Jasni masih mengajar student dewasa (cikgu sekolah Dayang). Awal-awal kelas dia suruh bebudak semua berlari terus terjun masuk kolam. Dayang macam biasa, mula-mula takut-takut sikit. Tapi lepas tu dah okay. Siap main-main dengan kawan-kawan lagi. Seronok tengok dia berenang dari hujung kolam ke hujung kolam, walaupun gunakan pelampung. Kesian gak tengok Cikgu Jasni, mana nak handle kelas Dayang, mana nak handle kelas dewasa. Umi tak ikut, dia pergi pasar ngan Mak Long beli barang basah buat makan kami sekeluarga untuk seminggu nih. Malas pula dia nak pergi opis, penat katanya. Yang aku lak samada hari ni, atau esok aku kena pergi pejabat. Semalam dah tak datang kerja. Sakit pening aku menjadi-jadi. BP naik kut. Risau pun ada, cuti dahlah semakin sikit, ni baru bulan Mei. Harap-harap semalam tak der permohonan LO ngan bayaran. Sistem dahlah down sampai Isnin. Banyak lak pending job nanti.

Dah sekarang ni Cikgu Jasni suruh bebudak tu semua berenang tanpa pelampung lak.Tapi dalam jarak yang dekat la. Lebih kurang 1 meter. Hmm... nampaknya memang ada budak yang cepat belajar. Laju jer dia. Dayang lak agak slow sikit, tapi nampak ada progress. Cikgu boleh fokus untuk dia since hari ni cuma ada 4 orang jer yang datang belajar.

Esok dah 8 Mei, sambutan Hari Ibu bagi Malaysia dan beberapa negara lain. Sedih rasanya, mama jauh di kampung halaman. Aku lak jauh di rantau orang. Wish pakai handphone jer la. Untung adik-adik aku, boleh wish mama sambil peluk cium.. Sedeyyyy!!!!

So, aku ganti wish kat bini aku jerlah. Dia juga seorang ibu.
SELAMAT HARI IBU...
-

Saturday, April 30, 2011

Apa dah jadi?

Dah lama betul tak buat entri. Cam takde disiplin lak rasanya. Kalau sibuk nak dijadikan alasan, Tun Mahathir lagi sibuk, Dato' Seri Najib lagi sibuk... Boleh aje update blog masing-masing.. Apa daa... Sah takder disiplin! Jadi, aku ingat entri kali ni nak merangkumkan journey kehidupan kami anak-beranak semenjak daripada post entri yang lama.


Sememangnya isu pecah rumah hari tu banyak memberikan impak kepada life kami sekeluarga. Banyak duit yang keluar untuk recover loss isi rumah, jadinya bajet aku memang teruk giler April ni. Umi pula dah mula exam semester. Terpaksa korbankan masa bersama keluarga untuk fokus kepada examination ni. Dia stay kat rumah mak, dan kami dua beranak tinggal kat rumah sampailah hari ni. Kesian juga kat Dayang, asyik mencari uminya. Mula-mula tu sampai menangis rindukan umi, tapi lepas dua-tiga hari dah biasa lah dia. Lagipun, abah dia ada. (Dayang lebih manja dengan aku berbanding umi).

Baru-baru ni Audit eSPKB JANM datang kat opis. Biasanya kami okay je, tapi pasal lepas ni susulan Audit Penarafan MOSTI pulak menunggu, keadaan agak kelam-kabut sikit. Everybody has gone crazy, stress and sometime act foolishly. Mana tak, member group yang diharap boleh buat kerja, cam hampeh! Sudahnya, kami pula jadi mangsa Mary. Walaupun dia tak berani 'sentuh' aku directly, tempias tu ada.

Mende lain yang jadi kat kitorang lak.... Nantilah aku story mori..
-

Friday, April 8, 2011

Sesak kerana duit...

Minggu ni (especially hari ni), aku betul-betul dalam kemurungan yang amat sangat. Aku mengadu pada Allah, tapi mungkin dek kerana dosa aku, segala luahan dan aduan aku Dia taknak layan. Salah aku jugak. Banyak sangat kemungkaran aku buat kat bumi-Nya ni. Tak reti bersyukur agaknya aku ni...

Sedih sangat rasanya. Lebih-lebih lagi apabila mengenangkan isteri dan anak. Hari ni baru 8hb, aku dah takde duit langsung. Kad kredit pun takleh nak withdraw. Duit yang ada kat bank cukup-cukup jer nak bayar ansuran kereta. Bak kata orang, income A, expense B. Tapi aku... income A, expense D! Jauh sangat. Dulu, aku mampu memberi kemewahan kepada isteri dan anak. Apa nak, semua boleh. Pegi holiday kat Terengganu pun naik MAS. Business Class pulak tuh. Padahal, 45 minit jer daripada KL. Stay pulak kat Awana Kijal. Bukan bilik biasa, tapi suite mewah yang siap ada jakuzi besar. Harga semalam RM800. Nak tukar handphone? Sebulan sekali pun boleh. Beli motor cash, beli kerusi massage, half cash! Semua boleh!

Tapi kini... Aku nak beli nasi lemak RM1.50 pun fikir dua kali. Risau anak aku pulak tak makan. Risau isteri aku pulak tak makan.. Mesti korang kata, apsal tak manage betul-betul? Ceritanya, gaji aku sekian-sekian. Bila dah dapat, kena 'sedekah' pula kepada beberapa pihak. Bank, kereta, astro, broadband, bil utiliti, minyak kereta, tol... semua tu pulak keperluan. Tak termasuk rumah, sekolah anak... Besar sungguh ujian Allah kepada aku. Takut-takut tak tertanggung pula...

Minggu ni aku dapat survive sikit. Minggu depan? Minggu satu lagi? Minggu sebelum gaji? Mudah-mudahan, demi anak dan isteri aku.. Aku tetap terus tabah dan tak jadi bodoh macam orang lain yang sanggup pinjam along dan bunuh diri!


Ya Allah...  Kasihanilah aku...
-

Saturday, April 2, 2011

Tribute to Uncle Din Beramboi...

Din Beramboi
Hari ni genaplah setahun kembalinya Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri ke Rahmatullah. Permata negara yang cukup dikenali dengan nama Din Beramboi ini telah meninggalkan kita pada 2 April 2010 di Hospital Selayang, Selangor kira-kira jam 12.30 pagi akibat demam denggi berdarah. Para peminat, terutamanya pendengar setia Riuh Pagi ERA sehingga ke hari ini sebenarnya merasa kesunyian yang teramat sangat walaupun pengisian yang sangat meriah telah berjaya mengisi ruang kekosongan itu selepas pemergian Allahyarham.

Aku, sepertimana peminat-peminat setia Allahyarham yang lain sekali lagi mengucapkan takziah dan bersimpati kepada isteri dan anak-anak Allahyarham; iaitu Puan Suhaini Che Man, Nil Aina, Mior Syafiq Aridhuan, dan Nir Ain. Semoga puan sekeluarga terus tabah dan cekal meneruskan kehidupan. Kami sebagai penyokong dan peminat Din Beramboi akan tetap terus memberikan sokongan padu kepada keluarga Allahyarham.

Bersempena genap setahun pemergian Allayharham Din Beramboi, kat sini aku link sekali video yang telah dipublishkan di Youtube oleh muhamadhadi. Video ini telah dikompilasikan oleh Geng Murai.

Hanya untukmu permata negara, Din Beramboi. (klik untuk tonton video)

~ Semoga dia dan kita diterima Allah dan mendapat redha-Nya~