Wednesday, March 16, 2011

Pecah Masuk

Tanggal 14 Mac 2011 (Isnin) memang satu tarikh yang tidak akan dapat aku lupakan selama Allah masih mengizinkan. Hari tu adalah sejarah pahit bagi aku dan keluarga. Rumah aku kena pecah masuk!!! Ya... Pecah masuk, Ahmad Albab. Pecah Masukkk...

Cheriteranya beghini..

Selama ni apabila aku dan isteri terchenta pegi keje, Laptop kami tinggal jer kat rumah. Takder keperluan untuk bawa pun. Kereta yang sebuah lagi kami tinggal pasal mengamalkan konsep share kereta. (aku ngan bini aku je la..) Siap tinggalkan kunci kereta kat rumah lagi. Iyelah, rumah dah kunci baik. Kawasan tu pula terkenal dengan imej bersih dari jenayah. Siap Rukun Tetangga yang aktif lagi. Termasuklah Night Watch dan rondaan pak polisi. Plus jiran sebelah yang sentiasa ada orang (pesara).

So, hari tu pagi kami bermula seperti pagi-pagi hari bekerja yang biasa. Sesudah bersiap dalam pukul 5:30 pagi, kami pun hantar anak ke rumah pengasuh (kakak ipar). Tapi kali ni dua-dua kereta pergi. Kereta Kak Long rosak, so dia pinjam la kereta kitorang. Oklah, takder problem. Dan hari tu aku bawaklah laptop pasal bajet lepas kerja, sementara menunggu bini aku settle keje kat opis dia.. Boleh gak aku layan internet kejap, maklumlah dah tengah gila ngan HTML dan Blogging nih macam tulah..

So, everything was normal the whole day. Sampailah saat-saat akhir aku nak keluar opis. Jeng... Jeng... Jeng...

Settle maghrib, aku kelam kabut nak balik. Ntah kenapa.. Sampaikan broadband aku tercicir pun aku tak sedar. Pegilah jemput si isteri yang always jelita nih. Aku cakap kat dia nak patah balik opis pasal broadband hilang. Tapi dia kata esok saja pasal dia rasa nak balik cepat. Risau anak tunggu lama, katanya. Wokeh, aku lenjanlah kancil tu. Up sampai 120 dia lari. Menoleh aje tuan punya Merc atas jalan tengok aku bawa kereta macam kena kejar hantu "Khurafat".

Sampai je kat kawasan rumah, aku terperasan macam lampu porch rumah aku terpasang. Pintu pagar dan grill pintu terbuka. Cahaya lampu dalam rumah pun aku nampak. Aku breklah mengejut! Terbangun bini aku yang sedang asyik lena kepenatan. Aku bagitahu kat dia (masa tu kereta terus berjalan lepas aku brek tu pasal nak amik anak) apa yang aku nampak. Tapi katanya,"Perasaan abang je kot. Entah-entah jiran sebelah". Tapi aku yakin aku tak salah tengok.

So, aku drop dia kat rumah Kak Long. Suruh dia bawa anak balik ngan kereta kitorang yang Kak Long pinjam tuh. Dan aku pun menggila bawa kerta menuju ke rumah...

Punyalah berderau darah aku apabila aku sampai depan rumah. Sah! Rumah aku kena pecah masuk!!
Apalagi, aku selak karpet kereta. Aku capai parang lading, main campak je sarung dia. Aku masuk dalam rumah dalam keadaan menggigil. Bukan pasal takut, tapi dah marah sangat-sangat. Benawey punya mala'un. Segenap ceruk aku cari. Rumah aku bersepah, barang-barang berterabur. Kat bilik, almari tunggang langgang. Pakaian semua bersepah. Pastu aku keluar balik, cadang nak sergah jiran sebelah. Apa dia buat sebagai jiran. Nak marah camtulah asalnya. Tapi tak jadi. Takleh gak salahkan dia. Ini salah aku sendiri. Masa aku keluar tu, bini aku pun sampai ngan anak. Lama dia dalam kereta cuak tengok aku ngan parang lading ke sana ke mari.

So, pastu kitaorang satu famili pun masuk rumah. Check apa yang hilang. Printer, Home Theater, Baju-baju aku semua habis. Buku sekolah anak (anak aku umur 5 tahun), kasut anak, kamera, barang kemas. Total lost semua tu dalam RM32K. Anak aku menangis. Dia takut katanya. Aku tanya,"takut apa? Babah kan ada nih?". Dia kata nak check peti ais, kut-kut hilang sama. Aku bawalah dia ke dapur tengok peti ais tuh. Pastu dia buka.
"Fuhh.. Nasib baik gula-gula Dayang tak hilang."
Allah! Itu yang dia risau?? Dalam keadaan kacau bilau tu aku tergelak sambil menepuk dahi dengan keletah dia. Bini aku pula diam je.. Dia tak mampu nak bersuara. Tapi aku tahu kesedihannya tuh..

Tak lama lepas tu, Rukun Tetangga pun datang. Dengan Pengerusi Penduduk pun ada. Polis pun datang (sebelum tu aku dah call 999). Dah siap semua amik statement aku (kalau aku tahu begini ramai, baik buat sidang akhbar), aku pun pegi buat repot kat Balai Polis Beranang.

Dan esoknya aku bercuti sehari. Ala-ala cuti peristiwa la. Dengan pakaian yang takder, aku selamba... dengan jubah! Hahahaha.. korang ingat mesti aku naked kan... apa daa...

Nak tahu cerita selebihnya? Komen post aku nih. Nanti aku jawap soalan korang. Dah penat nak menekan keyboard..

6 comments:

Razlan said...

Bila jadi ni? Siang ke malam?

Artzam said...

huhu..sedih,..abes brg ilang,nasib baik gula2 dayang dia xambik skali..hehehe =)

babah dayang said...

@Razlan Siang. Tengah Hari buta.. Bengong kan..

babah dayang said...

@@rtzam
Kalau ko nak tau, Zam. Itulah buat makan malam aku. Hilang selera langsung..

umi dayang said...

apa yang berlaku...ada hikmah disebaliknya...tapi...yang ralat sangat...buku sekolah dayang pun dia nak amik....hmm....sian dayang....nanti mesti dia sedih sebab kawan2 kat sekolah suma dapat wat keje skolah time school break ni...hmmmm....

babah dayang said...

@umi dayang
Buku Dayang tu satu hal la.. Yang baju abah ni.. Nak pakai baju apa?? Nampak gaya hari khamis pakai baju batik ngan kain batik umi sajalah.. Buat kemban.. huhuhu..
Mala'un punya Penyamunnnn..!!

Sampai kiamat aku tak halalkan..
Semua pahala ko aku tarik. Semua dosa aku, aku tolak kat ko!