Tuesday, November 27, 2012

Menghalalkan dan Memaafkan

Alhamdulillah, hari ini dah hampir 2 bulan aku bertugas di Bahagian Kewangan, JAKIM. Selama tempoh 2 bulan ni, banyak perkara baru yang aku telah pelajari berkenaan selok-belok pengurusan kewangan kerajaan di Jabatan ini. Dalam tempoh ini juga, aku terasa seolah-olah ilmu dan pengalaman selama hampir 10 tahun di JMM masih dari cukup untuk mengimbangi skill kewangan di tempat ini. Bayangkan saja, peruntukan tahunan di tempat lama puratanya 80 juta setahun. Tapi di sini, hampir 1 billion!


Tak cukup sekadar itu, peruntukan-peruntukan ini pula adalah pegangan negeri (Jabatan Agama Islam Negeri). Maknanya, perjalanan peruntukan keluar masuk di JAKIM ini serupa macam Pesanan Kerajaan. Dalam tempoh hampir dua bulan ini sahaja, sudah hampir 100 waran peruntukan kecil yang aku buat. Perghh.. Memang mencabar. Tambah lagi, tempat lama dulu aku cuma berhubung dengan PTJ Sabah dan Sarawak serta JKR dan Wisma Putra. Tapi sekarang, hampir semua jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dengan urusan agama! Termasuklah wakil-wakil agama Islam di kedutaan-kedutaan yang ada. Buat masa ini, Mesir, Australia dan Indonesia.





Aku selalu katakan kepada mereka yang bertanya, "Bagaimana suasana JAKIM?" dengan jawapan, "Macam main game PlayStation, kat opis lama Stage 1. Tapi kat sini terus melompat ke Stage 8!". Tapi, alhamdulillah. Ramai kawan yang membantu untuk aku memahami perjalanan kewangan tempat ni. Actually, mana-mana pun sama. Kita menggunakan standard procedure yang sama, kerajaan yang sama. Cuma, liabiliti dan pattern sahaja yang mungkin agak berbeza sedikit. Sudah tentunya kesibukan juga agak berbeza. Tapi, sibuk macamana pun kat sini, takdelah sampai aku terpaksa stay back macam opis lama dulu. 4.30 je, balik. So, aku ada masa yang lebih untuk Dayang dan darling. Balik je, aku dah boleh tumpu dengan minat baru aku, memasak. Aku masak untuk anak dan isteri la.

Ehem.. ehem..

Sebenarnya entri kali ini bukanlah untuk menceritakan berkenaan pejabat baru. Perenggan di atas adalah sebenarnya bersekali dengan niat aku awal bulan Oktober lepas untuk membuat entri berkenaan. Kiranya 2 dalam 1 la. Macam syampu rambut..

Aku sebenarnya teringat pengalaman dulu ketika hendak kembali ke Malaysia dari menunaikan ibadah haji.
(gambar daripada HajiUmrah.com)
Tanpa niat untuk menghuraikan di sini, sekadar untuk membuat statement agar menjadi saksi di hadapan Allah kelak, aku dengan ini memaafkan dan menghalalkan penipuan yang telah dilakukan terhadap aku sekeluarga semasa itu. Percuma terbang 500 riyal semata-mata kerana ditawarkan tempat duduk yang lebih baik dalam kapal terbang, dan atas dasar dalam satu kumpulan, maka perbelanjaan pengangkutan barang wajar dikongsi katanya. Dan aku yang sememangnya bengap dan bodoh ni pun, semata-mata mahu menyediakan tempat yang lebih selesa untuk bonda dan adinda, aku setuju. Walaupun bonda telah menegah dan mengatakan, "Jikalau kita tak join, kita hanya perlu bayar 150 Riyal untuk barang-barang kita. Kenapa perlu kita keluarkan sehingga 500 Riyal untuk menampung barang-barang orang lain sekali?!". Tapi aku degil, dengan alasan mama dan adik akan dapat seat yang terbaik. Rupa-rupanya seat terbaik tu sesiapa pun boleh dapat, asal saja dia daftar lewat di kaunter MAS. Kerana pihak MAS dan Tabung Haji mengaturkan untuk memenuhkan terlebih dahulu seat ekonomi mengikut timing pendaftaran! Memang aku bodoh. Selama 7 tahun aku tidak dapat menerima apa yang diorang dah buat kepada aku. Kesian mama, terpaksa korek duit TH untuk benda tu. Tapi hari ini, aku dengan ikhlas hati menghalalkan dan memaafkan apa yang korang dah buat kat kami dulu.
(gambar dari Kumpulan Kisah Abu Nawas)

Kemaafan kedua adalah untuk entri ini, aku halalkan dan maafkan korang.









Ya Allah, terimalah amalan ini. Aku jualnya kepada Engkau sebagai penebus dosa-dosaku yang silam ya Allah..
'

No comments: